Translate

16/03/2015

Pendapat Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak Silap Hanya Pendapat Membodek ?


Teguran sedemikian lah patut kita terima. Kalau tidak UMNO atau BN serta DS Najib sendiri akan khayal dibuai mimpi yang menyeronokan.

Teguran dimeja bulat pun tidak jadi, melainkan teguran yang disuarakan oleh Tun M untuk diketahui rakyat Malaysia.

KUALA LUMPUR, 15 Mac: Bukan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi kritikan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap Najib yang akan melemahkan UMNO sekaligus menyebabkan kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN) goyah.

Demikian kata Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Dr. Mohd Salleh Said Keruak dalam entri terbaru di laman blognya, SSK.


“Terbaru saya terbaca tulisan dalam blog mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Topiknya berkaitan 1MDB. Catatannya berbentuk menghentam. Dan sasaran serangan adalah Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak,” tulis Salleh dalam blognya sambil meniru gaya penulisan Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc.

Kata Salleh, tulisan-tulisan Dr Mahathir kini tidak lagi bersifat mengkritik secara konstruktif, tetapi menjurus kepada menjatuhkan kredibiliti Najib sebagai Perdana Menteri, Presiden UMNO serta Pengerusi BN.

“Dalam tulisan terbaru isu 1MDB ini misalnya, Tun M terus mempersoalkan keputusan Kabinet agar Auditor General (Ketua Audit Negara) membuat pemeriksaan, sedangkan ia baru bermula.

“Datuk Seri Najib meminta Auditor General untuk menyemak akaun 1MDB kerana mahu ketelusan. Tapi, belum sempat ia melaksanakan tugas itu, Tun M awal-awal kritik dan mahu siasatan yang lebih meluas pula. Alasannya, rakyat masih tidak puas hati berkenaan 1MDB.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...