Translate

12/12/2014

TG ADNAN NAMPAK PETALING STREET AJE KE, BAGAIMANA DG PLAZA LOW YAT ??


KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini menyelar sikap pemilik lesen perniagaan di Petaling Street di sini, yang dikatakannya 'rakus' meraih pendapatan dengan menyewakan lesen perniagaan kepada warga asing.

Beliau berkata dalam pemantauan yang dilakukannya sendiri ke Petaling Street baru-baru ini, ada peniaga yang menyewakan lesen sehingga mencecah RM8,000 hingga RM9,000 sebulan.

"Saya sedih ada juga anak muda Cina nak berniaga, tapi sewa terlalu tinggi, kerana mereka (pemilik lesen) suka sewakan kepada bangsa asing," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan Persatuan Telugu Malaysia Ke-40 di sini, pada Ahad.


Tengku Adnan berkata peniaga di Petaling Street mempunyai 'Prosedur Operasi Standard (SOP)' mereka sendiri, ketika agensi penguatkuasa melakukan pemantauan.

"Apabila datang KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), semua barang 'branded' akan hilang daripada atas meja.

"Kalau datang pegawai Imigresen pekerja-pekerja ataupun peniaga yang tidak mempunyai kerakyatan akan lari di lorong-lorong tikus...hilang.

"Datang DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) pula dia akan pastikan tuan punya lesen itu akan duduk, bila saya lalu 40 minit tak ada tuan punya lesen, selepas 10 minit dia dah tahu saya ada, baru saya nampak muka," katanya.

Sehubungan itu beliau turut menegaskan tidak akan berkrompomi dengan mana-mana pegawai penguatkuasa yang terlibat dengan unsur rasuah, terutamanya dari aspek pemberian lesen perniagaan memandangkan isu tersebut dipandang serius oleh kerajaan.

Dalam pada itu, Tengku Adnan berkata beliau akan turut mempertimbangkan untuk mewujudkan satu lagi Petaling Street, iaitu Petaling Street New Generation bagi menggalakkan anak-anak muda berniaga.

"Kerana saya dah tak boleh terima masalah ini, saya bercakap dengan anak-anak muda Cina, mereka bagi tahu saya kalaulah tuan punya lesen sewakan RM3,000 tak apa, akhirnya saya memikirkan untuk membuat satu lagi Petaling Street new generation untuk bagi anak-anak muda berniaga.


"Saya akan minta anak-anak muda ini jual lebih murah 30 dan 40 peratus, daripada Petaling Street yang ada sekarang ini, ini tindakan yang kita akan lakukan," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...