Menambat hati rakyat JOHOR !!! untuk PRU 14.
DAP akan terus membantu rakyat untuk
mendapatkan wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) meskipun sering
menggembar-gemburkan bantuan kewangan daripada kerajaan Pusat itu sebagai
‘gula-gula politik’ Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching
ketika dihubungi The Rakyat Post hari ini berkata, di Johor
jentera parti itu sentiasa memberikan bantuan untuk perkhidmatan
mengisi borang BR1M.
“Saya juga ada bantu rakyat di kawasan
saya, saya pergi ke kedai kopi untuk bantu sebab ramai yang dapat bantuan ini
warga emas, Ahad lepas juga saya ada buat begini.
“Saya akui ini satu ‘gula-gula politik’,
tetapi itu tetap hak rakyat, kalau mereka layak untuk menerimanya mengapa tidak
kami bantu mereka untuk mendapatkannya,” kata Teo ketika diminta
mengulas berkenaan gambar di Facebook DAP Johor yang dimuat naik Selasa lalu.
Gambar itu memaparkan
kakitangan Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN)
Pengkalan Rinting menjalankan khidmat bergerak untuk membantu rakyat Johor
mengisi borang BR1M.
Ia dimuat naik di akaun Facebook ADUN
DAP Pengkalan Rinting, Cheo Yee How pada 8 Disember lalu, dan turut
dikongsi di laman Facebook DAP Johor.
DAP sebelum ini adalah parti yang lantang
mempertikai pemberian BR1M oleh kerajaan BN dengan menyifatkannya sebagai
‘gula-gula politik’.
Malah parti itu juga beranggapan bahawa
pemberian BR1M adalah bagi meraih sokongan daripada rakyat terutamanya
menjelang pilihan raya umum.