Ada lojiknya cakap
Datuk Seri Shahidan Kassim ini. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri
membangkitkan hal ini semasa menjawab soalan berkaitan kakitangan kerajaan di
Dewan Negara pagi Isnin.
Beliau merujuk kepada
langkah meremajakan UMNO untuk suntik semangat orang muda dalam parti yang
berbangkit semasa Perhimpunan Agung UMNO yang berakhir petang Sabtu.
Menteri itu merasakan
kakitangan kerajaan perlu juga diremajakan agar mereka dapat melaksanakan tugas
khususnya kerja-kerja penguatkuasaan dengan berkesan seperti kawal pencerobohan
tanah di Cameron Highlands.
Untuk rekod sudah
menjadi lumrah bila timbul sesuatu isu melibatkan kakitangan kerajaan berfungsi
dengan baik...selalunya persepsi negatif timpa atas kepala UMNO/BN.