MAT SABU SAMAKAN ULAMA MALAYSIA DENGAN TURKI ?
DEMI MENCAPAI CITA-CITA MURNINYA BERSAMA KUMPULAN ANWARIS.... SANGGUP MENGHINA GOLONGAN ULAMA, TERMASUK PRESIDEN PAS YANG TELAH DIIKTIRAF ULAMA DUNIA.
KOTA
TINGGI - Golongan ulama dalam Pas diingatkan supaya menaik taraf prestasi
mereka agar kekal relevan.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, ini juga bagi mengelakkan masyarakat berasa jemu dengan kepimpinan golongan tersebut.
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, ini juga bagi mengelakkan masyarakat berasa jemu dengan kepimpinan golongan tersebut.
"Golongan
ulama dalam Pas kena 'upgrade' supaya tidak hanya bergantung kepada slogan.
Sekarang orang nak lihat prestasi, jadi kita kena naik taraf.
"Kalau
mahu cakap tentang prestasi mereka dalam Pas, kena pertingkatkan lagi baru
ulama dilihat relevan. Lebih-lebih lagi sekarang banyak anak muda sertai
DAP," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Muktamar Pemuda Pas ke-55,
di sini, hari ini.
Menurut
beliau, kebimbangan tersebut dilahirkan berdasarkan situasi yang pernah dialami
di Turki dengan kemunculan pemimpin sekular, Mustafa Kamal Ataturk.
"Kebimbangan
itu besar kerana bila orang jemu dengan golongan agama, maka akan muncul orang
seperti Ataturk. Di Turki, rakyat memilih Ataturk kerana jemu dengan
pemerintahan khalifah sebelum itu.
"Akibatnya,
bukan mudah Turki mahu membendung sekularisme yang ambil masa 100 tahun. Di
Malaysia mungkin belum sampai tahap itu tapi lebih baik kita suarakan
kebimbangan itu dulu," katanya.
Bagaimanapun,
beliau menafikan teguran tersebut sebagai mempertikaikan sumbangan golongan
ulama kepada Pas.
"Saya
bukan pertikaikan mana-mana ulama dalam Pas. Ini cuma peringatan biasa,"
katanya.