Selasa, 16 September 2014

AKTIVITI MILITAN: KEPIMPINAN PAS DIRAGUI ?


Beberapa pemimpin PAS meluahkan ingatan mereka terhadap bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah Ustaz Mohd Lofti Ariffin, 46, yang 'syahid' di Syria pada Sabtu.
Bekas tahanan ISA itu menjadi rakyat Malaysia ketiga terbunuh dalam peperangan di Syria antara tentera kerajaan Bashar Al Assad dengan kumpulan pejuang (Klik) dari serata dunia.
Menurut Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah Ustaz Ahmad Yahaya, kali terakhir beliau berkomunikasi dengan arwah adalah pada 7 Februari lalu.

"Ana (saya) menghubunginya bagi memohon pada waktu itu untuk beliau mewakili Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah ke Mesyuarat Ulamak PAS Pusat di Kuala Lumpur.
"Namun jawapan yang ana terima pada ketika itu... "Kat Istanbul lani....".
"Selepas ana menghubunginya pada waktu itu, pada tarikh 23 Februari 2014 sekali lagi ana menghubunginya bagi bekerjasama dan menguruskan program Lajnah Tarbiyah Ulamak yang akan diadakan..dan jawapan yang ana terima daripada Assyahid Ust Lotfi..cukup ringkas tetapi sudah memberi maksud yang cukup jelas...katanya pada ketika itu.."Bumi Syam", kata beliau dalam satu kenyataan di facebooknya.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin PAS yang juga bekas rakan sebilik dalam tahanan ISA, Ustaz Mokhtar Senik menulis kenangan mengenai beliau.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...