Translate

08/09/2014

CINA_BENG LGE KECUNDANG DITANGAN SPRM ???

SPRM Pulau Pinang teliti laporan berhubung peruntukan PPS

GEORGETOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang sedang meneliti laporan kemungkinan berlaku penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri di sebalik penubuhan Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk M. Samarajoo, berkata pihaknya akan membuka fail siasatan sekiranya terdapat unsur rasuah.

"Setakat ini satu laporan diterima Selasa lepas...kita sedang teliti," katanya kepada pemberita ketika menghadiri program Larian Hapuskan Rasuah anjuran Wanita Gerakan Pulau Pinang yang dilancarkan Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai di kampus Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.

Semalam, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika Umno negeri dapat membuktikan kerajaan negeri menyediakan peruntukan RM1.5 bilion kepada PPS.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...