Ia berpunca daripada PEMECATAN ANWAR (Klik) serta-merta sebagai Tim. Perdana Menteri tanpa diadili oleh Mahkamah terlebih dahulu.
Tun Mahathir pecat Anwar – dalam keadaan tegang serah pada Tun Abdullah atas alasan telah lama memegang jawatan PM.
Manakala Pak Lah pula kononnya
untuk mengurangkan ketegangan bebaskan Anwar (Klik) daripada Penjara.
Anwar sedang menggila
untuk melepaskan pertuduhan yang dibuat keatasnya.
Selepas itu Pak Lah serah jawatan PM pada DS Najib selepas PRU 12, kononnya prestasi merosot.
Ketika itu juga suasa
semasa dalam keadaan haru-biru. Tahi yang ditinggalkan oleh Tun M dan Pak Lah, DS Najib lah yang tanggung kesemuanya termasuk untuk mencapai Wawasan 2020 yang hampir menjelma.
Untuk mendapatkan jolokan
PM berwawasan, DS Najib pulak telah menghapuskan ISA (Klik) atas desakan parti pembangkang . Lagi suka lah puak-puak
pembangkang. Keadaan semasa terus menjadi haru-biru.
Bukan kah ini semua
tahi-maik yang ditinggalkan oleh kedua-dua pemimpin terdahulu terutama Tun M kepada DS Najib ?
KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien
meminta masyarakat menilai sendiri jasa dan sumbangan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak daripada mendengar kritikan sebelah pihak.
Menurutnya, teguran yang dibuat bekas
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pandangan seorang pemimpin,
tetapi masyarakat perlu menilai dengan bijak segala sumbangan dan jasa yang
telah dilakukan Najib.
"Tun Mahathir tidak pernah lokek
dengan pandangan dan teguran. Ini bukan bermakna kita berstuju dengan luahan
itu. Kalau nak dikaitkan dengan MH17, saya tahu tidak ada ramai pemimpin di
luar sana yang mampu lakukan apa yang Datuk Seri Najib buat.
"Dalam hal ini, kalau Datuk Seri
Najib tidak ada pendirian yang berani untuk berdepan dengan puak pemisah hari
itu, tak mungkin saya dapat berdiri di sini menguruskan jenazah-jenazah mangsa
MH17.
"Jadi nilai sendirilah. Dalam
masa sama saya tak nak aibkan pandangan Tun Mahathir kerana dari dulu lagi
beliau ada pendirian dan pandangan sendiri.
"Bagi saya secara peribadi, apa
yang Datuk Seri Najib buat untuk MH17, MH17 sahaja bukan benda lain, tidak
semua pemimpin di dunia ini boleh lakukan apa yang beliau lakukan itu. Tanyalah
sama ada Obama (Presiden Amerika Syarikat) atau (Vladimir) Putin (Presiden
Rusia), mereka sendiri tidak boleh buat seperti ini.
"Dan kalau itu tidak boleh
dinilai oleh orang ramai, ia amat menyedihkan saya,” jelasnya ringkas kepada
media mengenai komen terhadap teguran bekas Perdana Menteri Tun Dr
Mahathir mengenai pentadbiran Najib.
Bekas perdana menteri itu dalam
catatan blognya menegur pentadbiran Najib kerana berpendapat pemimpin yang
tidak ditegur akan percaya segala yang dilakukan oleh mereka adalah baik
belaka.
Katanya, hanya apabila ditegur sahaja
pemimpin akan sedar kesalahan yang dilakukan dan mungkin memperbetulkannya.
Dr Mahathir berkata beliau menegur
menerusi blognya kerana telah berulang kali menegur pentadbiran Najib tetapi
tiada sebarang tindakan yang diambil.