Translate

29/07/2014

#TAHNIAH DS HADI : PAKATAN RAKYAT AKAN PECAH SELEPAS AIDILFITRI ?


"Macam mana kami tak marah, kami hadir ke mesyuarat PR selepas PAS membuat keputusan malam sebelum itu,"

Pakatan Rakyat (PR) berpecah selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri berikutan tindakan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menidakkan keputusan Majlis Pimpinan PR yang sudah bersetuju Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digantikan dengan calon lain dari PKR sebagai menteri besar Selangor, kata sumber dalaman parti Islam itu.


Menurut sumber yang turut menghadiri mesyuarat PR mengenai isu menteri besar Selangor itu, mesyuarat PAS pada 10 Ogos ini akan menyaksikan pertembungan hebat di antara golongan yang mahu Khalid kekal dan golongan yang menghormati keputusan PKR meletakkan calon lain.

"Nampak gayanya PR akan berpecah selepas Aidilfitri ini. Nampak kuat sangat ke arah itu. Hadi langgar keputusan mesyuarat PAS dan PR yang beliau sendiri tidak hadir," kata pemimpin itu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...