DAP BIMBANG Pakatan berpecah kerana krisis MB Selangor.
DAP hari ini membayangkan
kemungkinan Pakatan Rakyat (PR) akan berpecah kerana kegagalan atau keengganan
salah satu parti komponen untuk menghormati dan memegang janji berdasarkan
keputusan yang dicapai secara bersama.
Setiausaha
Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan salah satu parti komponen yang
menidakkan persetujuan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan
kredibiliti dan survival gabungan itu tergugat.