Bagaimanapun yang menarik
perhatian apabila lelaki itu yang dikenali sebagai Lian Tien memberikan alasan
yang mungkin paling pelik di dunia mengenai punca insiden itu dengan mengatakan
dia sedang mengecat dinding dalam keadaan berbogel dan kemudiannya tergelincir
menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam paip.
“Cuaca agak panas, jadi saya mengecat dinding dalam keadaan berbogel,
dan saya tergelincir di lantai menyebabkan kemaluan saya terjatuh ke dalam
paip.” Lelaki berusia 61 tahun itu berkata, kemaluannya tersekat di dalam
sebatang paip yang digunakan untuk mengambil air dari unit penyaman udara
bangunan itu.
Doktor Dewei Yuan berkata: “Lelaki itu terpaksa berhadapan dengan
perkara tersebut dan tidak apa yang boleh kita lakukan, dan kita terpaksa
meminta bantuan.” Pasukan bomba di bandar Quanzhou mengambil masa empat jam
untuk memotong paip di bahagian kemaluan lelaki itu tersekat.
Kata lelaki itu, “Saya fikir tiada seorang pun yang akan mempercayai
saya dan saya cuba semua cara yang saya fikirkan untuk mengeluarkan kemaluan
saya yang tersekat. Saya cuba memotong paip itu dari dinding dan cuba untuk
meletakkan minyak dan cecair sabun di bahagian dalam paip itu tetapi kemaluan
saya begitu ketat tersekat menyebabkan tiada sebarang perubahan.
“Saya tidur dan fikir sekiranya saya berehat dan bertenang, ia mungkin
akan tertanggal dari paip. Saya kemudiannya berasa panas seperti hendak demam.
Saya begitu bimbang yang saya mungkin akan mendapat jangkitan yang teruk.”
-mirror.co.uk