Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
didakwa perancang sistematik yang mahu menggulingkan Tan Sri Ibrahim sebagai
Menteri Besar Selangor, kata ahli DAP, Aspan Alias.
“Secara sistematik Anwar Ibrahim memainkan
peranan untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan dengan menggunakan kaedah
‘baling batu sembunyi tangan’.
“Sememangnya Anwar tidak begitu gemar
dengan cara Khalid mengendalikan kerajaan Selangor walaupun Khalid merupakan
‘testimonial’ besar dalam pilihanraya umum yang lepas.
“Tetapi begitulah politik dalam PKR kerana mereka bukannya tertubuh dengan perjuangan yang telus, hanya tertubuh kerana Anwar dipecat dari UMNO itu pada tahun 1998 yang lalu kerana sebab yang semua maklum,” kata Aspan dalam tulisan terbaharu dalam blog aspanaliasnet hari ini.
Artikel lengkap seperti berikut :
PKR,
parti ‘Cina Buta’ sahaja
Jika orang ramai yang bernasib baik
kehidupan, mereka akan merayakan Aidilfitri dengan riang gembira setelah
berpuasa sebulan lamanya di bulan Ramadan. Bagi Khalid Ibrahim, MB Selangor
beliau rasanya tidak akan beraya seperti rakyat yang lain kerana beliau dikatakan
akan bersara secara paksa oleh ramai pemimpin partinya.
Secara sistematik Anwar Ibrahim memainkan
peranan untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan dengan menggunakan kaedah
‘baling batu sembunyi tangan’. Sememangnya Anwar tidak begitu gemar dengan cara
Khalid mengendalikan kerajaan Selangor walaupun Khalid merupakan ‘testimonial’
besar dalam pilihanraya umum yang lepas.
Tetapi begitulah politik dalam PKR
kerana mereka bukannya tertubuh dengan perjuangan yang telus, hanya tertubuh
kerana Anwar di pecat dari UMNO itu pada tahun 1998 yang lalu kerana sebab yang
semua maklum.