KENAPA PULAK JADI BEGINI ???
Nukilan : Minggu lepas pihak polis telah mengeluarkan amaran kepada pemilik kenderaan yang menggunakan cermin gelap supaya menanggalkannya sebelum operasi besar-besaran dijalankan mulai 16 Jun ini. Lihat di sini
Terus terang saya katakan, saya bukan anti atau membantah peraturan cermin gelap yang dikuatkuasakan. Saya rasa bukan saya sahaja yang perlu bersetuju dengan peraturan ini, malah seluruh rakat Malaysia perlu bersetuju. Ini kerana cermin gelap lebih banyak mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan. Rata-rata yang menggunakannya tidak lebih daripada hanya untuk mencantikkan kereta. Jika alasan cuaca panas yang diberikan, di pasaran berlambak dijual filem atau plastik yang tidak gelap dan mematuhi peraturan untuk dilekatkan di cermin kenderaan bagi tujuan menapis haba.
Walaupun saya bersetuju dengan peraturan cermin gelap yang dikuatkuasakan, tetapi saya tidak bersetuju dengan cara agensi-agensi terlibat menguatkuasakan peraturan tersebut. Sebabnya ada pemilik-pemilik kenderaan yang dipaksa atau terpaksa menggunakan cermin gelap kerana ada sesuatu yang tidak kena dengan agensi yang diamanah menjalankan tugas mereka.