Rabu, 18 Jun 2014

PAS peralatkan agama demi politik

DAH MUAK KALAU NAK BERCERITA MENGENAI PAS.

PAS adalah parti yang memperalatkan agama Islam untuk kepentingan politik daripada mempertahankan prinsip parti itu yang kononnya memperjuangkan perundangan Islam yang dilaungkan seperti Hudud.

Pemimpin serta penyokong parti itu secara terang-terangan memberi sokongan sehingga sanggup turun berkempen untuk calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya yang jelas akan turut menyokong pendirian parti DAP menolak hudud di Parlimen.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Shamsul Anuar Nasarah menegaskan PAS adalah parti yang tidak berprinsip yang kononnya  memperjuangkan dan tidak boleh diharapkan untuk membela orang Melayu kerana segala keputusan PAS telah dipengaruhi oleh DAP.


Shamsul berkata demikian ketika ditemui wartawan selepas merasmikan Program PTPTN Dihatiku dan Penyerahan Pendahuluan Pembiayaan PTPTN di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, petang Isnin.

“Dalam pakatan pembangkang itu, PAS adalah parti tunggangan DAP, segala perjalanan politik mereka (PAS) diatur oleh parti itu,” tambah beliau.

Mengulas lanjut tentang parti PAS di PRK tersebut, Shamsul menyifatkan parti itu hipokrit dan mementingkan jawatan semata-mata.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lenggong berkata, pada PRK ini, PAS telah mencabuli prinsipnya sendiri yang kononnya menentang mana-mana pihak yang menolak hudud tetapi dalam masa yang sama menyokong calon DAP.

“Saya menyeru pada pengundi Melayu agar tidak terpengaruh dengan kempen PAS kerana parti itu bercakap berubah-ubah mengikut keadaan, masa, tempat dan ketika, pegangan prinsip PAS itu tidak boleh dipegang langsung,” kata Shamsul.

Ketika berucap di majlis yang dihadiri lebih 500 orang murid dan ibubapa, beliau berpesan kepada mereka yang boleh mengundi untuk terus memberi sokongan pada calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong demi kesinambungan kemajuan pendidikan di sini.

Shamsul memberitahu kerajaan pimpinan BN telah banyak membantu rakyat dalam pendidikan dan ianya tidak mungkin dapat dilakukan oleh pihak parti lain sekiranya memerintah negara ini.

Sumber:agendadaily

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...