Ahad, 15 Jun 2014

'KAN NIN NA' GUAN ENG, KENAPA LU MA...NYAK HAM SAP ???


Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) membidas kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang mempertikai cadangan kerajaan negeri Kedah untuk membina lapangan terbang antarabangsa di Kulim.

Presiden KMPP, Rahmad Isahak berkata kenapa Guan Eng harus ego, sombong dan tamak dan memandang rendah terhadap cadangan kerajaan negeri Kedah yang tidak sepatutnya dijadikan isu sebaliknya beliau harus menyokong dan bukan mengugut.

"Kongsilah sama hasil pendapatan ekonomi dan jangan hendak bolot atas kapasiti politik semata-mata," katanya dalam kenyataan di Pulau Pinang, Sabtu.

Guan Eng dilapor sebagai berkata Jumat cadangan tersebut adalah tidak sesuai daripada segi ekonomi ataupun mempunyai justifikasi.


Beliau berkata lokasi di Kulim menimbulkan banyak persoalan memandangkan ia begitu hampir dengan Pulau Pinang, tambahan pula Kedah sudah mempunyai dua lapangan terbang iaitu di Langkawi dan Alor Setar.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga dilapor sebagai berkata Pulau Pinang merupakan penerima terbesar pelaburan langsung asing (FDI) di Malaysia sementara kedudukan Kedah begitu jauh daripada segi memperoleh FDI.

Guan Eng berkata Pulau Pinang mempunyai hubungan dan rangkaian antarabangsa.

Sementara itu Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata di Kuala Lumpur cadangan pembinaan lapangan terbang antarabangsa baharu di Kedah dijangka dapat menampung keperluan penumpang dan perkhidmatan kargo semakin meningkat bagi negeri-negeri di utara Semenanjung.

Beliau berkata pihaknya mendapati kemudahan di lapangan terbang antarabangsa Pulau Pinang semakin terhad untuk menampung keperluan pertambahan kargo dan penumpang masa depan.

Beliau sebelum ini berkata kerajaan negeri Kedah bercadang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di atas sebidang tanah seluas kira-kira 6,000 hektar di Kulim.

Cadangan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya.

Mukhriz pada Sabtu merasmikan Pesta Kedah 2014 di ibu negara sehingga Ahad anjuran Persatuan Wanita Kedah di Kuala Lumpur dan Selangor.-14/6/2014

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...