Translate

10/06/2014

BAGUS LA, ANWAR SUDAH BERTAUBAT ??



KUALA LUMPUR - Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri harus lebih berhati-hati dalam mengambil tindakan dan dalam masa sama perlu menjaga sensitiviti keluarga khususnya yang berkaitan dengan isu agama.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penguatkuasa agama juga perlu menangani mana-mana isu dengan cara baik dan bijaksana.

"Takkanlah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang itu hanya dapat maklumat sejurus selepas pengkebumian?

"Kalau ada (maklumat/ bukti) sebelum itu, pergi dengan bukti yang nyata untuk menyelesaikan dengan cara baik," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas lanjut tindakan penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) semalam yang menuntut jenazah seorang mualaf ketika upacara pengkebumian Cina sedang dijalankan.

Mengulas lanjut, Anwar menambah, beliau juga mempersoalkan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang tergesa-gesa menghalang pengantin wanita dalam upacara perkahwinan di sebuah kuil.

Tegasnya, Jais sewajarnya melakukan rundingan lebih awal sebelum sesuatu upacara bagi menjaga sensitiviti kaum dan agama lain.

"Kita bila sentuh perkara ini, seolah-olah tiada tolak ansur, soal hukum, akidah dan keimanan, tapi tidak.

"Kalau dia ada bukti jelas, dia runding dulu, takkan baru dapat maklumat waktu yang sama," katanya.

Tegasnya, jika sikap itu berterusan dipraktikkan penguatkuasa jabatan agama terbabit, ia hanya memperlihatkan kerakusan menggunakan kuasa dan bukannya menetapkan undang-undang.

"Kawan-kawan dalam Umno dan badan-badan seperti Isma dan Perkasa akan menyerang seolah-olah kita ini longgar dalam soal akidah, ini tidak betul.

"Kalau ini berterusan, ia mempunyai sikap seolah-olah bukan soal menetapkan peraturan hukum tetapi keangkuhan kuasa," katanya lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...