Translate

22/04/2014

KESULTANAN SULU MASIH BERDENDAM & TIDAK PUAS HATI ???



LAHAD DATU: Seorang lelaki yang mengaku dirinya diberi kuasa oleh 'Sultan Sulu' untuk mengurus orang Suluk di daerah ini diberkas di Kampung Long Danau, Jalan Silabukan, kira kira 16 Kilometer (km) dari bandar ini.

Lelaki berusia 57 tahun itu ditahan pada kira-kira 5.30 pagi Selasa dalam operasi khas diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) berdasarkan maklumat Bahagian Pertahanan ESSCom.

Ketua Pengarah ESSCom, Datuk Mohammad Mentek berkata, lelaki itu ditahan kerana memasang bendera Kesultanan Sulu yang dikhuatiri boleh mempengaruhi semangat patriotik orang Suluk yang sudah lama menetap atau menjadi warganegara di negeri ini.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi butiran lanjut identiti lelaki yang hanya memiliki salinan kad pengenalan itu atas faktor keselamatan.

Pihak ESSCom mengesan bendera itu dipasang di rumah lelaki berkenaan semasa anggota keselamatan ESSCom diketuai pegawai memerintah 18 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) membuat rondaan kira-kira pukul 9 malam di situ Ahad lepas, katanya dalam kenyataan, di sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...