Rabu, 26 Mac 2014

Solat Jenazah Ghaib Untuk Anak Kapal Dan Penumpang MH370 Tidak Perlu Pada Masa Ini - Majlis Fatwa


PUTRAJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan malam ini menetapkan pelaksanaan solat jenazah ghaib untuk penumpang dan anak kapal Penerbangan MH370 tidak perlu diadakan sekarang, kata pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin.

Katanya anggota jawatankuasa sebulat suara bersetuju dan memutuskan bahawa kesemua anak kapal dan penumpang MH370 dikategorikan sebagai orang hilang (mahqud) dan dianggap sebagai orang yang telah meninggal dunia setelah usaha pencarian dibuat oleh pihak berkuasa.

Keputusan itu dibuat setelah berbincang dan meneliti pandangan ulama dan beberapa pakar dalam subjek berkenaan selepas muzakarah khas bersidang lebih dua jam mulai 6 petang tadi, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Jawatankuasa Khas Majlis Fatwa Kebangsaan di sini.

SUMBER: BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...