Translate

08/03/2014

MALAYSIA AKAN LEBIH AMAN, SETELAH SEGALA-GALANYA SELESAI. AMIN

Saiful bersyukur mahkamah dapati Anwar bersalah

KUALA LUMPUR: Saiful Bukhari Azlan bersyukur dengan keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang mendapati Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah meliwat beliau enam tahun lalu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.

Bekas pembantu peribadi Anwar itu menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan itu petang ini adalah satu kebenaran yang amat penting dan amat bermakna untuk diri dan keluarganya. 

"Benar janji Allah, Yang Hak pasti mengatasi Yang Bathil. Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 6 tahun, saya bersyukur ke hadrat Ilahi dengan keputusan mahkamah hari ini yang memihak pada saya. 

"Saya dan keluarga menghormati keputusan mahkamah hari ini. Kebenaran ini penting dan amat bermakna buat saya dan seluruh keluarga saya. Yang pasti, saya dan keluarga ke hadapan...

"Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan dan kemudahan dalam segala urusan saya," katanya dalam entri bertajuk 'Benar Janji Allah' di laman blognya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com.

Saiful juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersama beliau selama ni. 

"Allah sahaja mampu membalasnya. Kepada Allah saya berserah," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...