Seks suka sama suka: Hukuman Anwar tidak wajar (LGBT)
KUALA LUMPUR 12 Mac - Majlis Peguam menyifatkan hukuman penjara oleh Mahkamah Rayuan ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tidak wajar kerana perbuatan tersebut 'dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang dewasa'.
Menurut Presidennya, Christopher Leong, kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya diguna pakai jika perbuatan itu dilakukan atas dasar paksaan, sedangkan dalam kes Anwar, perbuatan itu dilakukan atas dasar kerelaan mangsa.
"Tetapi adalah sesuatu yang 'luar biasa' untuk mengenakan hukuman sedemikian rupa sebanyak dua kali berturut-turut terhadap Anwar di negara ini atas kesalahan sebegini yang jarang diguna pakai.
"Kanun Keseksaan ini sangat baik, namun undang-undang ini yang diperuntukkan untuk kes ini hanya boleh digunapakai sekiranya dikuatkuasakan secara konsisten," katanya.
Christopher berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar yang turut disiarkan laman web rasmi majlis berkenaan.