Translate

12/03/2014

KEJADIAN KEHILANGAN MH370 ADA HIKMAH NYA.

Gambar ini menunjukkan warga Iran, Pouria Nour Mohammad Mehrdad (kiri), 19 tahun, dan seorang lagi lelaki yang belum dikenali. Mereka menaiki pesawat MH370 menggunakan pasport curi. Polis berkata salah seorang daripada mereka adalah pendatang haram. Gambar ini diedarkan oleh polis Malaysia dalam sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur - See more at: http://beritaharian.sg/dunia/mh370-hilang-remaja-iran-guna-pasport-curi-naik-pesawat-mas#sthash.ZdH44HcC.dpuf

PETUALANG SERTA PENGKHIANAT NEGARA AKAN BERDEPAN TINDAKAN YANG KERAS SERTA MENYELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA TERUS DIPERKUTAK-KATIKKAN ORANG TERTENTU DEMI POLITIK KOTOR SERTA NIAT YANG JAHAT.


PENUMPANG yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) menggunakan pasport curi warga Austria merupakan seorang rakyat Iran berusia 19 tahun yang mungkin cuba berhijrah ke Jerman. 

Namun, beliau tidak mungkin anggota sebarang kumpulan pengganas, kata pihak berkuasa Malaysia di sidang akhbar petang tadi (11 Mac 2014). Pihak berkuasa telah mengenalpasti remaja itu sebagai Pouria Nur Mohammad Mahrdad dan telah pun menghubungi ibu remaja tersebut yang sedang menantinya di Frankfurt. 

Polis berkata, ibunya mengetahui anaknya itu menggunakan pasport curi. Sementara itu, polis sedang meneliti beberapa senario bagaimana pesawat MAS MH370 itu hilang, antaranya termasuk kemungkinan ia dirampas, sabotaj, masalah psikologi dan kehidupan peribadi para penumpang dan anak kapal. 

Para pegawai menambah bahawa mungkin ada penumpang telah membeli perlindungan insurans yang besar sebelum menaiki pesawat. Polis juga akan mendedahkan gambar-gambar dua penumpang yang menaiki pesawat malang itu menggunakan pasport curi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...