Translate

12/03/2014

ANWAR BERTANGGUNGJAWAB ????


PRK KAJANG ADALAH SANDIWARA ANWAR ??? DAN BERKEMUNGKINAN JUGA MH370 ADA KAITAN KOT ???

RASANYA SEGALA-GALA AKAN TERUNGKAI. 

KOTA KINABALU 11 Feb. - Hanya binatang buas memperlakukan mangsanya dengan penuh kejam. Ia langsung tidak pelik kerana spesies itu tidak berakal. Tetapi apabila manusia yang melakukannya, ternyata mereka lebih hina daripada binatang.


Ini hakikat bukan lakonan. Hanya manusia bertopengkan syaitan yang sanggup melakukannya. Kekejaman tanpa langsung ada perasaan perikemanusiaan inilah yang dilakukan kumpulan pengganas Kiram terhadap pasukan keselamatan di Kampung Simunul, Semporna dan Tanduo, Lahad Datu, Sabah, setahun lalu.


Seramai 10 wira negara terkorban dalam tragedi berdarah itu, lapan anggota polis dan dua tentera. Kezaliman pengganas itu adalah dahsyat sehingga langsung tidak terfikir oleh akal waras.

Dalam kejadian 1 Mac tahun lalu di Kampung Tanduo, dua anggota pasukan komando VAT 69, Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, ditembak di kepala oleh penembak tepat semasa melakukan rondaan keselamatan.


Pasukan keselamatan dibunuh dengan penuh tipu muslihat melalui serangan gerila. Malah mereka amat ganas dan kejam sehingga sanggup memperlakukan sesuka hati kezaliman terhadap tubuh anggota keselamatan yang dibunuh dan semasa mereka masih nazak, seperti yang berlaku di Simunul, Sabah.

Selepas mereka ditawan, kepala wira negara dipenggal. Tidak cukup dengan itu, terdapat juga anggota pasukan keselamatan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dada dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.

Malah, badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan, kemudian dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua-dua biji mata dicungkil menggunakan senjata tajam.

Terdapat juga yang tangannya ditetak sehingga kudung dan kepala dikelar menggunakan kerambit. Apa gelaran selayaknya bagi pengganas yang langsung tidak berperikemanusiaan ini?

Seorang wira negara yang terselamat dalam tragedi Simunul itu, Inspektor Mohamad Hasnal Jamil, kepalanya ditetak, perut dan tangan kiri ditembusi tiga das tembakan; tapak tangan kanan putus, tulang atas pergelangan tangan kanan serta jari telunjuk kiri tersembur ditakik dengan kapak.

Sekali lagi ditegaskan, dalang di sebalik tragedi berdarah ini tanpa mengira sesiapa pun apabila perbuatan mereka itu menggadaikan kedaulatan negara tidak boleh dimaafkan sama sekali. Petualang dan pengkhianat negara ini wajib dihukum.

KLIK DISINI ,  KLIK SINI,  KLIK SINI cukup la.... banyak lagi nanti tak terbaca pulak.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...