Jumaat, 14 Februari 2014

HUKUMAN MENJADI TAULADAN/PANDUAN KEPADA PENJENAYAH RASUAH


TAHNIAH, TAHNIAH DAN TAHNIAH

Rasuah RM500,000 - Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Didenda RM5 juta

KUALA LUMPUR, 13 Februari - Bekas Pengurus Besar Kewangan MIMOS Berhad, Khairuddin Khalid hari ini dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta kerana didapati bersalah berhubung lapan tuduhan menerima rasuah 12 tahun lalu.

Khairuddin, kini yang kini menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat IT swasta, juga berdepan dengan hukuman penjara 64 bulan jika membayar denda hari ini.

Hakim membenarkan rayuan ke atas hukuman penjara tujuh tahun yang berjalan serentak hari ini, tetapi mengenepikan hujah peguam untuk menangguhkan hukuman membayar denda.

Hakim Mahkamah Sesyen 14, Ahmad Zamzani Mohd Zain menyabitkan Khairuddin dengan lapan tuduhan di Seksyen 10 (a) (bb) dan 11(a) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 setelah mahkamah mengambil kira pembelaan tertuduh berasaskan penafian semata-mata, tidak berasas dan munasabah, pembelaan tertuduh juga disifatkan pembelaan 'after thought' dan saksi-saksi pembelaan tidak menyokong pembelaan.

Hakim dalam pada itu juga menyifatkan alasan dendam terhadap tertuduh tidak dapat dibuktikan dan hanya berdasarkan andaian dan spekulasi semata-mata serta keterangan saksi melampaui keraguan munasabah.

Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa SPRM, Mohd Nur Lokman Samingan dan Wan Ahmad Nizam Wan Omar manakala tertuduh diwakili Azi Azlin binti Zulkifli dari Tetuan Hanif & Co.

Dua tahun lalu, Khairuddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas empat tuduhan menerima rasuah melebihi RM500,000, 11 tahun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi keempat-empat tuduhan itu.

Berdasarkan semua pertuduhan, tertuduh didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya sendiri suapan melalui empat cek semuanya bernilai RM985,248 daripada Pengerusi Eksekutif Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Muhammad Khalid Ismail, 64.

Daripada jumlah itu, tertuduh didakwa menerima RM502,002.37 sebagai upah kerana melaburkan dana pelaburan Mimos Berhad bernilai RM5.5 juta dengan syarikat pelaburan berkenaan.

Tertuduh didakwa melakukan empat perbuatan itu di pejabat Corporate Eight Asset Management Sdn Bhd, Suite 17.3-17.4A, Tingkat 17, Menara Weld, 76, Jalan Raja Chulan di sini, antara 23 Mei 2001 dan 8 Februari 2002.

Sumber:Portal SPRM

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...