Translate

15/02/2014

Comango bersama NUAR Ancaman PRK KAJANG ???


Comango Ancaman Hancurkan Islam & Negara - Majlis Fatwa

KUALA LUMPUR: Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada Jumaat menegaskan tuntutan yang dibuat Gabungan Badan Bukan Kerajaan (Ngo) Hak Asasi Manusia (Comango) bertentangan dengan syariat Islam dan bakal menghancurkan negara.
Justeru, jawatankuasa fatwa berkenaan menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Comango yang dilihat satu gerakan yang cuba menghancurkan kedaulatan Islam di negara ini.
Pengerusinya Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan berkata jawatankuasa fatwa menentang tuntutan itu kerana selain bercanggah dengan syariat Islam, ia juga bertentangan dengan undang-undang dan Perlembagaan negara serta norma-norma antarabangsa.
"(Tuntutan itu) akan mencetuskan huru-hara kepada masyarakat dan negara serta mampu meruntuhkan pegangan dan cara hidup umat Islam di Malaysia", katanya.
Comango sebelum ini menuntut beberapa perkara merangkumi hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender.
Selain menyentuh isu hak asasi manusia, pertubuhan itu turut menuntut hak kebebasan murtad bagi orang Islam, hak kesamarataan agama serta mempersoal kes penggunaan kalimah Allah dan ajaran Syiah.
Abdul Shukor turut mengingatkan umat Islam di negara ini untuk bersatu padu dalam menangani isu berkenaan tanpa memikirkan fahaman politik masing-masing demi mempertahankan kesucian agama Islam dan meminta umat Islam yang terlibat dalam pertubuhan itu untuk kembali kepada ajaran Islam sebenar. - BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...