Isnin, 20 Januari 2014

TEMBELANG USTAS NUAR TERBONGKAR DI NEGARA MATAHARI TERBIT SALAH UMNO ???


HA...HA..HA..ORANG JEPUN PUN PANDAI MENILAI SESEORANG.

SHAH ALAM - Susulan kejadian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihalang memasuki Jepun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan perkara itu menghina kedudukan ketua pembangkang tersebut.

Abdul Khalid  juga berkata, perkara itu dikesali berlaku kepada Anwar yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dan negeri tersebut juga mempunyai hubungan diplomatik dengan Jepun yang menjadi pelabur terbesar di Selangor.

"Kerajaan Selangor amat  kesal dengan kejadian yang menimpa  Anwar  di mana beliau telah dihalang daripada memasuki negara Jepun berdasarkan laporan ‘sesuatu yang berlaku tahun lalu’ yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

"Kerajaan Negeri berpendapat perbuatan ini  menghina kedudukan beliau selaku Ketua Pembangkang Malaysia yang telah dipilih oleh rakyat secara sah menjadi Ahli Parlimen menerusi PRU13, lalu.

"Lebih dikesali kerana Kerajaan Selangor mempunyai hubungan baik dari segi diplomatik dan ekonomi dengan Jepun di mana pelabur Jepun adalah pelabur asing terbesar di Selangor manakala Datuk Seri Anwar Ibrahim pula adalah Penasihat Ekonomi Negeri Selangor," katanya pada satu kenyataan media.

Semalam, mengikut laporan media  Anwar yang juga Ketua Umum PKR itu  dilarang memasuki Jepun dan beliau mengkritik layanan yang diberikan oleh pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Anwar menerusi kenyataan di blog miliknya berkata, "Saya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini, tidak wajar kerajaan Jepun untuk tidak membenarkan saya masuk dan menafikan hak-hak sah saya bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan.

"Ia memang mustahil untuk salah sebuah negara demokrasi yang terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah alasan lemah itu dan membiarkan saya dengan gambaran bahawa terdapat sesuatu yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku," katanya.

Dalam pada itu, Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Pelabuhan Klang itu turut menggesa Wiswa Putra menyatakan alasan munasabah berhubung tindakan kerajaan Jepun terhadap Anwar.

"Kita juga mendesak Wisma Putra memberi alasan yang munasabah kerana terbukti tindakan oleh  pihak berkuasa Jepun ini diambil berdasarkan laporan malah mungkin juga arahan yang dikeluarkan kerajaan Malaysia.

Selain itu, Abdul Khalid juga meminta kerajaan Jepun memberi penjelasan bagi menjaga hubungan baik antara dua kerajaan tersebut.

"Mencerminkan hubungan baik dan kerjasama erat ini,  kerajaan negeri  amat berharap kerajaan Jepun dapat memberi penjelasan yang memuaskan berkaitan insiden ini supaya sebarang kekeliruan dapat diselesaikan secepat mungkin," katanya.

Sumber:sinarharian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...