Translate

07/01/2014

SPAD PERLU DIBUBARKAN 'HANGAT-HANGAT TAHI AYAM'

SPAD ‘cuci tangan’

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) menyelar Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sebagai tidak berpendirian berikutan membenarkan ibu bapa dan sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) menyediakan perkhidmatan bas sekolah sendiri.
Presidennya Mohd Rofik Mohd Yusof mendakwa tindakan SPAD itu tidak lebih sebagai ‘cuci tangan’ kerana mahu melepaskan diri daripada isu kenaikan tambang bas sekolah hingga mengeruhkan hubungan antara ibu bapa dan pengusaha. 

“Sebelum ini, SPAD memberi masa kepada pengusaha sehingga Tahun Baru Cina ini sebelum umum cadangan tambang baru bas sekolah, namun pada masa sama SPAD keluarkan kenyataan membenarkan PIBG sediakan perkhidmatan bas sekolah sendiri manakala ibu bapa juga boleh menggunakan khidmat van atau kenderaan persendirian bebas.
“Kami tidak faham apa sebenarnya pendirian SPAD dan seolah-olah tidak memainkan peranan mereka. Sebelum ini, GPPBSM akur menangguhkan kenaikan tambang selepas diminta SPAD pada Disember lalu dan mereka berjanji memberi cadangan tambang selepas Tahun Baru Cina, tapi lain pula jadinya,” katanya, semalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...