Translate

26/01/2014

PROVOKASI ISU KALIMAH ALLAH SEMAKIN MENJADI-JADI


Pemuda Umno Bahagian Jelutong mendakwa kain rentang berbaur provokasi berhubung kalimah Allah digantung di perkarangan beberapa buah gereja dan sebuah perhentian bas di sekitar Pulau Pinang awal hari ini.
Ketuanya Jasmin Noordin berkata perbuatan itu bukan dilakukan oleh pihak gereja tetapi sebaliknya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Saya percaya ada pihak tertentu yang sengaja hendak membuat provokasi supaya rusuhan kaum berlaku di Malaysia dengan menggantung kain rentang sedemikian," katanya.
Difahamkan, kain rentang terbabit dengan jelas tertera ungkapan “Allah Is Great” (Allah Maha Besar) dan "Jesus is the son of Allah” (Jesus anak lelaki Allah) dipercayai digantung di lima kawasan di sekitar negeri ini.
Jasmin berkata pihaknya akan membuat polis terhadap perbuatan itu yang dipercayai dilakukan pada tengah malam tadi.
Katanya, beliau berjaya menurunkan kain rentang berkenaan yang terdapat di Gereja St John Britto, di Sungai Pinang kerana perbuatan sedemikian akan menghancurkan keharmonian di negara ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...