Translate

31/01/2014

PRK KAJANG ATAU PENJARA SG BULOH ???


KUALA LUMPUR - Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata beliau berharap Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada hari yang sama iaitu 11 Februari, berhubung rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan beliau daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan ketua pembangkang itu daripada tuduhan liwat.

Beliau berkata keputusan pada 11 Februari akan membolehkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Anwar didengar pada 12 dan 13 Februari, tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.

Anwar, 66, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 11 Februari untuk mendengar rayuan kali kedua Anwar untuk mengetepikan Muhammad Shafee apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes Selasa lepas.

Pelantikan Muhammad Shafee, seorang peguam terkenal, dibuat melalui kuasa Peguam Negara mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan rayuan di Mahkamah Rayuan.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...