Translate

29/01/2014

PENGAWAL KESELAMATAN BUAT HAL LAGI ????

Wang RM3.3j lesap, van keselamatan dirompak

KUALA SELANGOR 28 Jan. - Sebuah van keselamatan yang membawa wang tunai berjumlah RM3.3 juta dilarikan oleh lima penjenayah yang memakai topi keledar di sebuah stesen minyak di Ijok di sini hari ini.

Kejadian berlaku pada pukul 9.53 pagi apabila sebuah van syarikat keselamatan tersebut berhenti di stesen minyak untuk memindahkan wang tunai ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Sebaik kenderaan itu berhenti, kelima-lima suspek yang telah menunggu menyerbu dan melarikan van terbabit dengan membawa bersama empat pengawal keselamatan.

Van itu dilarikan sejauh kira-kira 1.5 kilometer ke sebuah ladang kelapa sawit untuk memindahkan sembilan beg berisi wang ke sebuah van lain sebelum kenderaan keselamatan itu dibakar.

Penjenayah turut mencederakan pengawal keselamatan sehingga dua daripada mereka terpaksa dikejarkan ke hospital. - UTUSAN ONLINE

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...