Translate

29/01/2014

KHALID IBRAHIM LETAK JAWATAN, AZMIN ALI KELUAR PARTI ???


PAS Sokong Anwar Tanding, Azmin 'Kunci Mulut'.
Tindakan ADUN Kajang letak jawatan TIDAK BERETIKA.
Inilah parti yang GILA dan TAMAK KUASA serta MEMBUANG MASA dan WANG RAKYAT.


KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Langkah Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Lee Chin Cheh dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletak jawatan sebagai wakil rakyat semalam adalah tidak beretika dan mempermainkan demokrasi.

Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata langkah Adun itu juga jelas tidak bertanggungjawab kerana lebih mengutamakan agenda parti dan telah membuang masa dan wang rakyat.

"Sekiranya (Ketua Pembangkang dan Penasihat PKR Datuk Seri) Anwar Ibrahim mahu mengambil alih dan kemudian menjadi Menteri Besar Selangor, ia memperlihatkan wajah sebenar beliau dan parti tersebut.

"Tindakan itu membayangkan agenda peribadi itu lebih penting dari rakyat dan mewujudkan persoalan adakah beliau dapat menumpukan perhatiannya sebagai Adun (dan anggota Parlimen) di dua kawasan dan kemudian sebagai Menteri Besar," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tindakan parti politik itu tidak bagus untuk masa depan demokrasi Malaysia kerana ia perlu bersandarkan pada suara rakyat dan bukan undi untuk kepentingan peribadi atau memberi tempat untuk pemimpin tertentu.

Anwar hari ini dinamakan PKR sebagai calon, seandainya pilihan raya kecil diadakan untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang dikosongkan Lee.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu berkata pemilihan Anwar dibuat selepas dipersetujui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang bermesyuarat pagi ini.


Menurut pakar undang-undang di Selangor, pelantikan seorang Menteri Besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Perkara 53 (2) (a) undang-undang itu, baginda boleh melantik seorang anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti anggota DUN, selaku Menteri Besar.

Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang Menteri Besar.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...