Translate

13/01/2014

KOTA KINABALU JADI BANDARAYA COWBOY ???

Kota Kinabalu: “Saya yang sedang duduk di lobi hotel manakala pengawal keselamatan berada di pintu hadapan terkejut apabila dinding kaca hotel tiba-tiba pecah ditembak sekumpulan individu yang menaiki kenderaan,” kata pekerja hotel, Helmi Yuslee, 25, sebelum menyedari tempat bekerja menjadi sasaran tembakan sekumpulan 'budak nakal', di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam itu, Helmi mendakwa tidak mendengar sebarang bunyi tembakan dan hanya menyedari dinding kaca retak sejurus selepas sebuah kenderaan melintasi premis terbabit.
Terdahulu, dalam kejadian antara jam 11.40 malam sehingga 1 pagi, sebanyak 31 premis sekitar bandar raya dan Penampang 'diserang' sekumpulan lelaki menaiki tiga kenderaan dengan menggunakan senapang angin yang berpelurukan guli.


Menurut Helmi, ketika kejadian dia sedang bertugas syif malam dan mengaku melihat sebuah kenderaan tetapi gagal mengenal pasti jenisnya berikutan cuaca gelap.
“Saya tidak mendengar sebarang bunyi tembakan tetapi percaya ia disebabkan tembakan berikutan kesan lubang pada dinding kaca hotel.

“Sebaik sahaja melihat dinding kaca berderai, saya segera memaklumkan perkara itu kepada polis kerana bimbang berlaku kejadian tidak diingini,” katanya ketika ditemui.

Sementara itu, seorang lagi saksi Nuriah Kassim, 47, berkata dia terkejut apabila melihat pintu kaca pusat beli belah pecah ketika mahu memulakan kerja.
“Saya yang tiba pada jam 7 pagi dan mahu memulakan tugas menyapu sampah terkejut melihat kaca bertaburan di lantai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...