Rabu, 22 Januari 2014

KENAIKAN HARGA BARANG ADALAH DIDALANGI PAKATAN PEMBANGKANG ????


Peniaga Pasar Borong Wakaf Che Yeh cekik darah.

KOTA BHARU - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Kelantan kesal terdapat segelintir peniaga di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini, mengambil kesempatan menaikkan harga barangan, khususnya pelancong.
Timbalan Pengarahnya, Ab Ghani Harun berkata, terdapat unsur penipuan di dalam urusan jual beli di pasar borong tersebut di mana pelanggan yang tidak bertutur dialek Kelantan akan dikenakan harga lebih mahal.
"Kita dapat maklumat yang peniaga di sini mengambil kesempatan terhadap pelanggan yang datang dari luar, mereka akan dikenakan harga tinggi kepada orang luar.
"Oleh itu, kita mengingatkan semua peniaga agar meletakkan tanda harga bagi mengelak berlakunya penipuan harga," katanya di sini.
Pihaknya mendapati terdapat lebih 70 peratus peniaga di Wakaf Che Yeh tidak meletakkan tanda harga di setiap barangan yang dijual - Bernama
PPDNK Selangor catat 77 kes libatkan kesalahan tanda harga dan lesen kawalan bekalan

SHAH ALAM - Sebanyak 77 kes dengan nilai rampasan RM4,819 telah dicatatkan melibatkan kesalahan tanda harga dan tiada lesen kawalan bekalan sehingga hari ini oleh penguatkuasa Pejabat Perdagangan dan Kepenggunaan (PPDNK) Selangor sejak Ops Harga 2014 dilancarkan pada 1 Januari lalu.
Ketua Penguatkuasanya, Othman Nawang berkata, pemeriksaan mengejut yang dibuat di kedai-kedai runcit sekitar Selangor melibatkan enam cawangan PPDNK iaitu Kajang, Kuala Selangor, Kuala Kubu Bahru, Sepang, Petaling Jaya dan Shah Alam.
"Hari ini sahaja terdapat 12 kes dicatatkan di seluruh Selangor melibatkan Akta Kawalan Harga dan Pencatutan 2011, Akta Timbang dan Sukatan dan Akta Kawalan Bekalan," katanya pada sidang akhbar selepas pemeriksaan di kedai-kedai sekitar Seksyen 6 dan 8 di sini, hari ini. - KOSMO!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...