Translate

29/12/2013

GENG "PALEMBANG" MASIH BERGERAK AKTIF MELAKUKAN JENAYAH PECAH KERETA


Padah tinggal barang dalam kereta

KUANTAN - Perbuatan meninggalkan barang berharga atau sebaliknya dalam kereta antara penyumbang berlaku kes pecah kereta dan curi kerana barangan tersebut umpan penjenayah untuk bertindak.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Mohd Haris Daud berkata, penjenayah bertindak secara rambang tanpa mengira barangan yang ditinggalkan dalam kereta itu bernilai tinggi atau sebaliknya.

Menurutnya, penjenayah berlangkah kanan sekiranya barangan itu sesuatu yang berharga manakala pemiliknya terpaksa menanggung kerugian yang besar.

“Banyak kes dilaporkan berhubung kejadian pecah kereta ini menyebabkan mangsa kehilangan telefon, komputer riba, dokumen penting dan wang tunai ribuan ringgit.

Padah tinggal barang dalam kereta

“Setidak-tidaknya pemilik kereta terpaksa mengeluarkan kos ganti cermin kereta walaupun tiada kehilangan barang berharga berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada lebih 500 warga emas yang dirai sempena Program Amal dan Kempen Cegah Jenayah anjuran bersama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF ) Pahang dan Persatuan Che Kuan Khor sempena Krismas di sini, kelmarin.

Turut hadir, Pengerusi MCPF Pahang, Datuk Seri Johny Ch’ng dan ahli Jawatankuasa Persatuan Che Kuan Khor.

Dalam pada itu, beliau turut meminta warga emas mengingatkan ahli keluarga tentang ancaman jenayah ini.

“Warga emas juga perlu berhati-hati kerana mereka antara yang berisiko tinggi menjadi mangsa jenayah,” katanya.

Secara keseluruhan katanya, kes jenayah di Pahang masih terkawal namun tidak dinafikan berlaku kes ragut, curi motosikal, pecah kereta dan sebagainya.

“Kes jenayah yang disebutkan itu berlaku, namun masih terkawal malah kita berjaya tingkatkan kadar pertuduhan di mahkamah,” katanya.

Sementara itu, Johny Ch’ng berkata, MCPF Pahang mengambil kesempatan sempena program amal bersama warga emas itu untuk menyelitkan aktiviti berkaitan kesedaran pencegahan jenayah khusus untuk warga emas.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...