Translate

28/12/2013

Datuk Aziz jangan nak mengajar itek berenang !!!!!


SEDAP MULUT BERSUARA.  PDRM LEBIH MENGETAHUI CARA TINDAKAN YANG BERSESUAI MENGIKUT PERUNDANGAN.

Kuala Lumpur: Segera tahan dalang perhimpunan haram yang dirancang pada malam 31 Disember ini.

Menyuarakan gesaan itu, Timbalan Pengerusi Tetap UMNO, Datuk Mohamad Aziz, menegaskan tiada sebab polis tidak mampu bertindak proaktif menghalang perhimpunan di Dataran Merdeka itu kerana penganjurnya sudah dikenal pasti. 


“Kalau sudah kenal pasti, mengapa tak tangkap? Sepatutnya, sudah kenal pasti, cepatlah tangkap. Jangan tunggu sampai nasi jadi bubur baru nak bertindak. Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti bertindak cepat menghalang. Rakyat juga nak lihat kerajaan bertindak tegas terhadap orang seperti ini.

“Jangan biarkan ia berlaku. Mereka yang nak berhimpun itu tak hormat demokrasi negara. Mengapa perlu guling kerajaan?” katanya kepada BH, semalam sambil meminta orang ramai tidak terpengaruh menyertai perhimpunan itu bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.

Mohamad menegaskan, rakyat sudah bosan dengan demonstrasi jalanan yang kononnya bagi memperjuangkan hak kebebasan dan demokrasi, tetapi hakikatnya menyebabkan kerosakan di sekitar lokasi mereka berhimpun dan menjejaskan imej negara dari perspektif rakyat asing.

“Dulu kerajaan kita berjuang menentang gerakan subversif dan komunis, sekarang terpaksa buang masa menentang demonstrasi jalanan oleh pihak yang sengaja tak mahu faham bahawa kerajaan yang dipilih rakyat adalah kerajaan yang sah,” katanya.

Di Johor Bahru, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Tebrau, Jamali Bahrom turut menggesa polis mengambil tindakan tegas terhadap penganjur perhimpunan berkenaan yang dikhuatiri mencetuskan keadaan huru hara di negara ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...