Gambar hiasan |
BUKAN NAK DENGKI, TAPI KENYATAAN. PIHAK BERKUASA PERLU MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS, SEBELUM PERKARA INI TERUS BERLELUASA DAN TIMBUL PERMASALAHAN DARI SEGI SOSIAL DAN JENAYAH.
RAWANG - Sebuah banglo milik seorang warga Singapura diperiksa Majlis
Perbandaran Selayang (MPS) selepas pelan perancangan asal kediaman itu diubah
suai dari dua kepada empat tingkat tanpa kebenaran.
Malahan unit tersebut yang terletak di Bandar Country Homes turut dijadikan homestay sejak lima tahun lepas tanpa mendapat kebenaran perniagaan.
Malahan unit tersebut yang terletak di Bandar Country Homes turut dijadikan homestay sejak lima tahun lepas tanpa mendapat kebenaran perniagaan.
Bagaimanapun, tiada tindakan dibuat sehingga semakan status Jabatan
Perlesenan dibuat.
Sebuah lagi hotel bajet di Rawang Sentral pula masih beroperasi walaupun
dikenakan tindakan bulan lepas.
Menurut Penolong Penguatkuasa MPS, Megat Ainul Fadzlil Ainul
Fadzil, bulan lalu pihaknya telah menyita sebahagian barangan perniagaan
hotel tersebut sebagai peringatan namun tindakan itu tidak menjejaskan langsung
perjalanan hotel berkenaan.
“Pemiliknya warga tempatan mempunyai dua hotel bajet di Rawang dan salah
satunya ada lesen manakala satu lagi tidak disebabkan bangunan tidak mempunyai
syarat layak menduduki dan tiada kebenaran merancang membuatkan permohonannya
ditolak.
“Walaupun amaran secara lisan telah diberikan namun pemiliknya masih
berdegil,” katanya kepada Sinar Harian, kelmarin.
Sementara itu, sebuah lagi hotel bajet berhampiran kawasan rehat dan
rawat (R&R) Rawang yang beroperasi lebih lapan tahun juga turut dikenakan
tindakan selepas tidak mempunyai lesen.
“Sebarang aktiviti perniagaan perlulah membuat permohonan lesen dahulu.
“Tindakan sita adalah di bawah Undang-undang Kecil Hotel (MPS) 2007 atas kesalahan beroperasi tanpa lesen 2013,” katanya.
“Tindakan sita adalah di bawah Undang-undang Kecil Hotel (MPS) 2007 atas kesalahan beroperasi tanpa lesen 2013,” katanya.