BEIJING, 3 Okt (Bernama) -- Sejumlah 42 orang maut dan 1,640 cedera
akibat diserang tebuan di Wilayah Shaanxi di timur laut China sejak Julai, kata
pihak berkuasa kesihatan China pada Khamis.
Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga Kebangsaan berkata 206 mangsa dimasukkan ke hospital akibat serangan itu.
Suruhanjaya Kesihatan dan Perancang Keluarga Kebangsaan berkata 206 mangsa dimasukkan ke hospital akibat serangan itu.
Bagaimanapun, punca serangan belum dapat disahkan.
Agensi berita Xinhua melaporkan satu garis panduan berhubung kaedah
diagnosis dan rawatan bagi mangsa serangan tebuan telah dikeluarkan, manakala
agensi tempatan digesa mematuhi prosedur ditetapkan serta memastikan pesakit
mendapat rawatan segera.
Agensi kesihatan tempatan digesa menyelaraskan respons berhubung
serangan tebuan dengan jabatan pertanian, perhutanan dan bomba, termasuk
membunuh serangga berbisa itu di kawasan padat penduduk.
Selain Wilayah Shaanxi, Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang di selatan
negara ini juga melaporkan kejadian serangan tebuan antara Julai dan September.