Translate

15/06/2013

Video seks: Wakil rakyat DAP nafi terlibat

Video seks: Wakil rakyat DAP nafi terlibat
SEREMBAN – Adun Senawang dari DAP, P Gunasekaran menafikan dirinya adalah individu dalam video seks yang tersebar dalam Youtube.

Dua video seks berdurasi 1 minit 18 saat dan 3 minit 15 saat yang bertajuk 'Wakil Rakyat DAP Guna Scandal' dan ‘Wakil Rakyat DAP Guna Scandal 03’ itu dimuat naik di Youtube pada 1 dan 2 Mei lalu.

Video pertama memaparkan seorang lelaki yang didakwa menyerupai Gunasekaran sedang duduk memakai tuala sambil memegang telefon bimbit di sebuah bilik.

Manakala video kedua menunjukkan lelaki itu mula membuka tualanya dan melakukan 'aksi panas' dengan seorang wanita.

Bagaimanapun, wajah lelaki itu kelihatan kurang jelas berikutan suasana yang bilik gelap.

Gunasekaran berkata, beliau dimaklumkan tentang penyebaran video seks itu oleh rakan-rakannya sebelum kempen PRU13 lalu.

"Saya sudah melihatnya dan lelaki dalam video itu, bukan saya. Saya juga tidak kenal wanita dalam video itu.

"Saya percaya kewujudan video ini adalah bermotif politik kerana disebarkan ketika musim kempen PRU lalu,” katanya.

Gunasekaran yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, video itu disebar  untuk memfitnah dirinya di samping menjatuhkan karier politik beliau.

“Saya tidak tahu siapa yang buat dan sebarkan video ini. Boleh jadi orang politik yang mahu menjatuhkan karier saya.

“Mungkin ia dilakukan parti lawan dan boleh jadi juga dilakukan orang dalaman parti saya sendiri,” katanya. KLIK


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...