SPR Digesa Jangan Layan Desakan Badut Politik Pembangkang
Kepimpinan Pakatan Pembangkang terus dibidas berhubung desakan mereka agar pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meletakkan jawatan atas tuduhan kegagalan melaksanakan pilihanraya dengan telus dan adil.
Menurut bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Seri Fairus Khairuddin, kepimpinan pembangkang perlu menyuluh muka mereka di cermin terlebih dulu sebelum mendesak pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya meletakkan jawatan.
“Mereka bising-bising suruh Tan Sri Aziz letak jawatan kerana mereka dakwa berlakunya penyelewengan ketika pilihanraya, sedangkan tidak ada langsung bukti yang mereka kemukakan,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini. KLIK