Translate

03/05/2013

PAS Patut Islamkan Raja Ratnam Dahulu

Membiarkan bukan Islam memetik ayat-ayat AlQuran dan Hadith di pentas-pentas ceramah nampaknya terus menjadi budaya PAS.   Dan setiap kali penceramah bukan Islam itu berbuat demikian, maka penyokong-penyokong PAS akan bertakbir dan bertepuk tangan gembira seolah-olah beliau sudah masuk Islam.  

Apa yang menggusarkan kita ialah, para penceramah bukan Islam tersebut selalunya tidak mampu menyebut ayat dengan betul dan tersalah pula menterjemah maksudnya.  Sebagai seorang Islam, bergetarlah hati kita apabila ayat AlQuran disalah sebut dan salah-terjemah sedemikian dan kemudian disambut sebagai benar pula oleh yang mendengar. 

Melalui pengalaman sendiri, dalam beberapa insiden, mereka yang bertakbir dan bertepuk tangan mendengar ayat yang disalah-sebut dan salah terjemah itu, adalah golongan yang penulis cukup kenal sebagai ‘geng surau’ di kawasan perumahan penulis.   Justeru, penulis hairan, apakah ‘geng surau’ ini tidak tahu bahawa apa yang diperkatakan oleh penceramah bukan Islam itu salah?   Tidakkah hati mereka juga bergetar? 1BERUANG BIRU

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...