Translate

23/04/2013

Petugas PAS Kg. Kijing langgar peraturan penguatkuasa !!!

 

Satu demi satu pelanggaran undang-undang dilakukan oleh pengikut-pengikut  PAS sempena kempen PRU ke 13 kali ini.

Kali ini berlain daripada tempat-tempat lain. Cuba lihat gambar yang dipaparkan, Pintu Gerbang yang dibina khas oleh pengikut-pengikut PAS terletak berhadapan dengan Peti Undi PAS KG. KIJING sanggup memecahkan benteng batu penghalang di lebuhraya berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Marang. 

Jalan pintas ini dibuat semata-mata untuk memberi laluan kepada pengikut-pengikut PAS melintasi lebuhraya ke markas mereka tanpa memikirkan keselamatan diri.

 

Mereka-mereka ini tidak memikirkan atau menghiraukan tindakan yang diambilnya melanggar Undang-Undang Majlis Daerah Tempatan atau keselamatan kepada pengguna yang melintasi lebuhraya tersebut daripada Kg. Kijing ke markas mereka. Bukan saja digunakan oleh pejalan kaki, tetapi mereka yang bermotosikal setiap hari melintasi di laluan yang dibina khas oleh Petugas PAS.

Jelas perbuatan ini menunjukkan mereka tidak menghormati atau sengaja melanggar peraturan atau undang-undang yang ditetapkan. 

Ini belum memerintah, kalau memerintah macam mana agaknya ????


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...