Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pakatan palsu pembangkang boleh disifatkan seperti 'perkahwinan politik' secara kontrak atau perkahwinan mutaah yang boleh bercerai pada bila-bila masa sahaja.
Katanya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang secara diam-diam turut memaki hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas mendapati dirinya terjerat dengan strategi pembangkang untuk bertanding di kerusi Parlimen Gelang Patah yang dikatakan bakal menjadi 'kubur' kerjaya politiknya.
"Sebab itu mereka bertelagah dan bertanding sesama sendiri di kerusi sama. PAS lawan PKR, PKR lawan DAP. Itu maknanya mereka telah mula merungkai perkahwinan mutaah tersebut," katanya. KLIK