Selasa, 12 Mac 2013

HAJI HADI TAMAK KUASA DAN TIDAK MENGAMALKAN DEMOKRASI ??



TAMAK KUASA, MEMONOPOLI KERUSI SERTA TIDAK MENGAMALKAN SISTEM DEMOKRASI, itulah yang terkeluar daripada mulut seorang pemimpin PKR DUN Rhu Rendang Encik FARIS MUSA, 48 tahun, tinggal di Rhu Dua, Marang dan bertugas di Kemaman.

Beliau begitu kecewa diatas tindakan Tuan Guru Haji Hadi yang tidak memberi ruang dan peluang kepada Parti Keadilan Rakyat untuk memberi satu kerusi dalam PRU ke 13.

Selama ini, beliau dan rakan-rakan seperjuangan termasuk pemuda/puteri PKR telah memberikan kerjasama yang cukup kuat untuk beliau terus menerajui kepimpinan di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang sehingga ke hari ini.

Semasa pilihanraya ke 12, beliau sendiri telah berjanji jika memenanginya dalam PRU ke 12, maka dalam PRU ke 13, beliau akan memberikan satu kerusi DUN kepada PKR di DUN Rhu Rendang, demi mengeratkan lagi perpaduan ummah yang disemai selama ini didalam Pakatan Rakyat.

Tapi sebaliknya berlaku apabila telah memenanginya. CAKAP TAK SERUPA BIKIN. Itulah luahan demi luahan yang disuarakan oleh beberapa orang yang ada bersama Encik FARIS MUSA.

KEKECEWAAN TERUS MEMBARA SEHINGGALAH KE HARI INI

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...