Translate

09/01/2013

PAKATAN HARAM SUDAH KETERLALUAN

Isu kalimah Allah... Sultan Selangor bersuara
Pendirian rasmi pakatan pembangkang bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah yang bercanggah dengan titah Sultan Selangor adalah keterlaluan, biadap dan tidak boleh diterima sama sekali.

Majlis Pimpinan Tertinggi pakatan pembangkang hari ini mengumumkan pendirian mereka selang sejam selepas Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengeluarkan kenyataan media titah Sultan Selangor pagi tadi.

Menurut Senator Mohamad Ezam Mohd Nor, jelas dari keputusan PR tersebut matlamat tersirat mereka selama ini untuk menghina dan meruntuhkan Institusi Raja sebagai payung agama yang memelihara kesucian Islam.

"Saya mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap pimpinan PR khususnya Anwar yang secara terang dan terbuka menyanggah keputusan Tuanku Sultan dengan niat jahat,"katanya dalam satu kenyataan media petang Selasa.

Jelas Ezam, Malaysia sebagai sebuah negara dan Selangor sebagai sebuah negeri selama ini stabil, kuat dan berdaulat kerana Institusi Raja terus berdiri kukuh melindungi Islam dan keharmonian agama-agama lain.

"Justeru strategi melemahkan negara dan negeri ini mestilah dimulakan dgn meruntuhkan Institusi Raja sebagai payung agama dan paksi terkuat bagi negara dan negeri,"ujarnya.

Tambahnya lagi, tindakan biadap dan melampau pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh dibiarkan sama sekali apatah lagi ianya membabit soal agama Islam yang menjadi bidang kuasa Raja-Raja Melayu di dalam bernegara di Malaysia.

"Segenap lapisan masyarakat yang cintakan negara dan negeri bangkit  melawan musuh-musuh dan pengkhianat yang jelas menjadi alat kepada kuasa asing mahu meruntuhkan kekuatan Malaysia sebagai sebuah negarabangsa berdaulat di bawah payung Institusi Raja,"katanya.

Menurut Ezam lagi, secara prinsipnya juga ketua pembangkang yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim wajib meletak jawatan bersama dengan Menteri Besar, Exco yang datang dari parti yang jelas tidak selahuan dan menghormati sultan sebagai ketua negeri yang berdaulat.

"Negeri ini (Selangor) negeri berdaulat dan tidak ada tempat bagi pemimpin-pemimpin seperti Anwar dan mereka yang bersama dengannya.-8/1/2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...