Translate

05/01/2013

MAT SABU MENGAKUI BELIAU BUKAN AHLI AGAMA ATAU ULAMA

matsabu-hadi513
Apa sebenarnya?...Adakah Mohamad Sabu keliru, celaru atau tidak tahu apabila buat kenyataan kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam?

Peliknya, pemimpin PAS lain seperti Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sudah menyatakan pendirian parti itu bahawa terjemahan Bible harus ikut teks asal Bible Bahasa Melayu harus gantikan istilah God dengan Tuhan bukannya Allah.

Apakah tujuan Timbalan Presiden PAS itu berkata demikian kepada portal berita pro pembangkang The Malaysian Insider?

Adakah kerana mahu menyokong Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang kembali mencetuskan kontroversi dengan meminta kerajaan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil Bahasa Melayu dalam perutusan Krismasnya, baru-baru ini?

Ini tidak mustahil kerana ramai mengetahui Mohamad amat rapat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu, malah ada ibaratkan mereka macam ‘adik abang’.

Cuma beliau guna alasan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi awang pernah keluar kenyataan pada 2010 tidak melarang penganut agama selain Islam untuk guna kalimah Allah.

Hanya kerana itu, Mohamad yang pernah dikaitkan dengan kes khalwat bersama isteri orang, Normah Abdul Halim pada 1994 menyatakan, PAS masih kekal dengan pendirian dinyatakan oleh Hadi.

Namun, benarkah PAS berpendirian seperti didakwa Mohamad?

Ini kerana Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam respon berhubung polemik itu baru-baru ini jelas bercanggah dengan pendirian Hadi pada tahun 2010 apabila  berkata kalimah “Allah” dalam Alkitab, terjemahan Injil bahasa Melayu tidak akan mencerminkan maksud asal ayat tersebut.

“PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.”

Justeru itu, timbul persoalan apakah Mohamad keliru, celaru atau tidak tahu?

Jawapan tersebut diberikan sendiri beliau kepada portal rasmi parti itu pada Jumaat.

“Saya bukan ahli agama, tapi saya menyokong apa yang telah diputuskan oleh Mursyidul Am PAS ( Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ) dan Presiden PAS (Abdul Hadi) dalam isu penggunaan kalimah Allah,” katanya kepada Harakahdaily.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...