Khamis, 3 Januari 2013

Lagi Video Pendedahan Ahli PAS Mengaku Kafirkan Orang UMNO

Hukuman kafir mengkafir sudah menjadi mainan PAS selepas Amanat Haji Hadi di Banggol Paradong 1981 menjadi pegangan kepada penyokong tegar PAS dan video ini adalah BUKTI di mana penyelewengan Haji Hadi terhadap amanat tersebut dan kesannya ke atas pengikut tegar PAS selepas di khianati oleh Haji Hadi.


Bekas penyokong tegar PAS Jusoh Bin Idris 68, dari Besut Terengganu telah membuat pengakuan terbuka ke atas penyesalannya yang menjadi pak turut kepada pimpinan PAS sehingga dia sanggup mengkafirkan sesama Islam di sebabkan amanat tersebut.

Malahan disebabkan kesan daripada Amanat Haji Hadi tesebut juga masih terdapat 11 buah masjid solat Jumaat dalam satu kariah di Terengganu yang telah menyebabkan baginda Sultan berdukacita dan pernah bertitah.
“Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat Islam di negeri ini,” titah baginda ketika merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering,
Solat Jumaat di dua masjid dalam satu mukim sejak lebih 20 tahun lalu sukar diselesaikan walaupun pelbagai tindakan dilakukan jabatan Agama Islam Terengganu kerana kesan dari Amanat itu MASIH LAGI mempunyai pegangan daripada pengikut tegar PAS sehingga kini.
SELAGI AMANAT HAJI HADI INI TIDAK DI TARIK BALIK.. PERPECAHAN UMAT ISLAM KERANA POLITIK AKAN TERUS BERLAKU & PAS PERLU BERTANGGUNGJAWAB KEATAS DOSA PENYOKONG MEREKA YANG MASIH BERPEGANG KEPADA AMANAT TERSEBUT.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...