Translate

10/01/2013

Hebat Perhimpunan Syaitan beralih ke Stadium Wembley

3 JUTA akan hadir....Kalau tak mau Stadium Merdeka...boleh pakai Stadium Bukit Jalil

Pengurusan Stadium Merdeka menetapkan penganjur himpunan pembangkang Sabtu ini memastikan jumlah peserta tidak melebihi 30,000 orang selari dengan kemampuan kapisiti stadium berkenaan.

Syarat ini mengambil kira kapasiti stadium tersebut yang hanya boleh menampung seramai 30,000 orang bagi memastikan struktur dan harta benda Stadium Merdeka yang diwartakan sebagai hartanah warisan kebangsaan sentiasa dijaga dan dipelihara

Merdeka Heritage Trust dalam satu kenyataan Rabu kata penganjur memohon menggunakan premis itu mulai pukul 2 hingga 5 petang Sabtu ini.

Sementara itu penganjur ada pilihan selain Stadium Merdeka sebagai lokasi himpunan yakni Stadium Bukit Jalil.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) PSM, Ahmad Halmi Harun dalam satu kenyataan kata pihaknya tiada halangan untuk meluluskan permohonan pakatan pembangkang menggunakan stadium  berkenaan.

Katanya  penganjur bagaimanapun perlu mematuhi prosedur tempahan dan penggunaan selaras dengan kelulusan yang diberi PSM.

Berbanding Stadium Merdeka yang hanya boleh menampung 30,000 orang,Stadium Bukit Jalil mampu isi sampai 100,000 orang.-9/1/2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...