Jumaat, 7 Disember 2012

Universiti Kehidupan 233 – “Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”

P1020300
Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.

“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.

“Tak, mereka ini  lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…

“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...