Translate

07/12/2012

TINDAKAN TEGAS PERLU DIAMBIL SEGERA KE ATAS PENGKHIANAT AGAMA DAN BANGSA

habibie-anwar-mb-dinner-01

Anwar Bawa Habibie Promosi Pluralisme Di Unisel


ANWAR sebagai pendukung liberalisme dan pluralisme di Malaysia, bukan perkara baru.  Semua orang tahu, malah disebutkan juga Perdana Menteri selaku Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang baru sudah.

Hakikat ini seboleh-bolehnya cuba dinafikan penyokong PAS, yang tidak boleh menerima calon Perdana Menteri Malaysia itu mengakui setiap agama adalah sama seperti mana yang diberi penekanan dibawah konsep pluralisme.

Macai PAS yang majoritinya rosak otak ini masih percaya peliwat dan penzina ini adalah pejuang Islam yang sebenar, walhal orang tua itu hanya pandai petik nama orang itu, pertubuhan sama, itu saja.

Tapi bila Anwar bawa bekas Presiden Indonesia, BJ Habibie ke Malaysia untuk bercakap tentang ‘Membudayakan Pluralisme’ di Universiti Selangor, maka semua orang yang dulu pekak mata dan butakan telinga, sudah mula sedar.  Ini pejuang Islam jenis apa yang promosi fahaman yang terang-terang berlawanan dengan Islam?

Anwar gamaknya nak bawa Malaysia ini jadi seperti mana di Indonesia sana, Islam boleh kahwin dengan Hindu tanpa si Hindu perlu tukar agama kepada Islam.  Anwar juga nak puak Kristian diberikan hak secara rasmi untuk menggunakan nama Allah di gereja, sama macam orang Islam.

Semua ini perkara yang dituntut kepada pemimpin yang menyokong fahaman pluralisme ini dan Anwar membuktikannya sekarang.

Apa kata pemimpin PAS agaknya bila Anwar sudah sah menyama tarafkan Islam dengan agama-agama lain di dunia ini.  Kita nak dengar juga PAS keluar kenyataan rasmi menyokong Anwar dalam bab pluralisme ini.
Kita juga nak dengar kenapa Anwar bawa Habibie mempromosikan fahaman pluralisme ini di Universiti Selangor?  Adakah Anwar cuba nak merosakkan pemikiran budak-budak ini dengan cuba membudayakan pluralisme yang disebut Habibie dalam ceramahnya?

Ini yang penulis nak rakyat Malaysia fikirkan masak-masak.  Bahaya Anwar bukan dari janji bulan bintangnya sahaja, tapi juga dari pengenalan konsep agama yang menyeleweng dari pegangan kita semua sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...