Translate

22/11/2012

KEPIMPINAN PAS YANG SUDAH NYANYOK !!!

hail_DAP_nikaziz

Islam: Apa Yang UMNO Tolak, Apa Yang DAP Terima?


UMNO yang penulis tahu tidak pernah menolak Islam, kalau UMNO menolak Islam, penulis dan ramai lagi tidak akan memilih untuk masuk dan menyokong UMNO.  Tengok sajalah dalam negara kita ini, apa bukti yang UMNO sepenuhnya menolak Islam dan al-Quran?

Kalaupun ada beberapa ‘perkara’ dalam Islam yang tidak dilaksanakan UMNO, itu bukan bermaksud UMNO menolak tapi memilih untuk tidak melaksanakan atas sebab tertentu berasaskan hukum Islam dan pandangan majoriti ulama.  Anyway, banyak mana ‘perkara’ tu?  Tak silap penulis, satu sahaja.

Maka itu, tuduhan UMNO menolak Islam ini awal-awal lagi tidak logik tapi bila Nik Aziz tidak segan-segan untuk sebut perkara tersebut, mesti ada sesuatu yang menggerakkan mulut busuk dia tu untuk bercakap demikian.
Soalnya apa dia?

DAP on the hand, kita tahu anti banyak benda berkaitan Islam di Malaysia ini, tinggal lagi kuasa penuh ke atas agama tersebut tidak ada di tangannya, waima di negeri yang dia perintah – Pulau Pinang.  Dalam pada itu pun, sempat juga DAP haramkan bacaan al-Quran waktu subuh dan bertakbir pada malam raya di negeri tersebut.

Tapi bila Hadi Awang bertegas mengatakan DAP menerima Islam, soalan yang sama kita nak tanyakan bahagian apa dalam Islam yang DAP terima sehingga PAS pandang DAP lebih mulia dari UMNO dalam soal menegakkan Islam?

Sudah tentu bila ada ‘masalah’ macam ini, lain orang yang akan keluar kenyataan berbeza untuk segmen yang berbeza juga.  Nik Aziz bila tuduh UMNO tolak Islam, dia tidak akan sentuh DAP.  Hadi Awang bila sentuh DAP terima Islam, dia tidak akan sentuh UMNO.

Penyudahnya, macai yang dibawah ini jadi konfius, Islam apa Nik Aziz cakap, Islam apa Hadi cakap?

Sebetulnya, ini bukan soal Islam tapi ini soal hudud.  PAS nak cakap UMNO tolak hudud tidak boleh sebab dia sendiri pun tak laksanakan hudud di beberapa negeri yang dia pernah dan sedang perintah.  Selain itu,  nanti nampak sangat tak kena dengan kerjasama politik antara PAS dan DAP.

Jadi untuk kelirukan orang, Nik Aziz guna alasan UMNO tolak Islam, walhal dia merujuk kepada hudud.  Sementara Hadi bila dia sebut DAP menerima Islam, dia merujuk kepada Islam dalam perlembagaan yang DAP tak cukup berani untuk isytiharkan penentangan.

Inilah sebenarnya yang berlaku sekarang.  Hadi dan Nik Aziz cuba mengelirukan orang Islam di negara ini demi menghalalkan sumbang mahramnya dengan DAP.

Taktik keliru dan mengelirukan seumpama ini memang pendekatan PAS untuk bertahan lama dalam politik negara.

Sebetulnya, PAS sedang menghasut rakyat Malaysia untuk menerima DAP yang kita tahu memusuhi Islam dan menolak UMNO yang jauh lebih kehadapan dalam soal Islam di negara ini, lebih depan dari PAS pun.

Jadi janganlah diundi PAS ini lagi, dia sedang mengarah kita ke jalan yang sesat, bukan jalan yang betul.  Dah elok-elok Malaysia macam sekarang, PAS sanggup ubah kerana............KEPENTINGAN POLITIK PERIBADI.

Sumber:mykmunet

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...