Khamis, 29 November 2012

Karpal Nafi Diguling? Tersedak, Sakit Dada Mendengarnya

ADA masa penulis nak gelak pun tengok ‘drama bersiri’ dalam sepak terajang politik negara kita ni, terutama bila bercakap tentang parti -parti pembangkang yang membentuk Pakatan Haram inilah.  Kita panggil dramalah sebab dari perkataan pertama disebut apa, kita tau dah berakhirnya macam mana.

Contoh macam dakwaan mengatakan Karpal Singh akan digulingkan dalam DAP yang sedang kuat berkumandang sekarang.  Mati hidup balik dan mati semula pun penulis dah agak Karpal tidak akan mengaku perkara tersebut akan berlaku dalam DAP.  Sebab itu bila ada dakwaan dan senang-senang Karpal nafikan, penulis tidak begitu terkejut.

Sengaja tulis tajuk begitu, nak bagi nampak ‘real’, nanti tak siapa appreciate lakonan Karpal pulak.

Karpal ni orang lama, pemikiran dia pun cara lama jugalah.  Dia bukan macam Anwar yang perangai masih macam orang mudah, umur dah lanjut pun masih nak bertweet-tweet lagi (dalam pada itu menjubor tidak lupa).

Mana kita dengar Karpal pernah main tweet?  Karpal kalau bagi contoh tu pulak, tak pernah yang baru-baru, semua lama-lama, bukti menunjukkan pemikiran Karpal memang pemikiran purba, lama.

Pada Karpal, DAP hari ini yang dia pengerusikan adalah DAP sama macam 20-30 tahun dulu – pembangkang dan kerjanya hanya membangkang.  DAP pada Karpal hanyalah parti yang tahu cari salah BN, cari salah sendiri tidak sekali.  Jangan kata cuba (cari salah sendiri), perkataan ‘salah sendiri’ tu wujud pun tidak dalam kamus DAP.

Itu yang hasilnya Guan Eng diiktiraf Timbalannya sendiri sebagai bongkak dan sombong!!  Semuanya sebab memang tradisi DAP yang menjadikannya begitu.
Tapi Karpal terlupa sikit.  Dulu masa DAP jadi pembangkang dan hanya membangkang, bolehlah Karpal tunjuk taring dan bermaharajalela sesuka hati.  Sekarang DAP digebangkan ada potensi bentuk kerajaan, malah, dah bentuk kerajaan pun di Pulau Pinang.

Jadi, seperti mana manisan pada makanan, akan adalah semut yang datang.  Inilah DAP sekarang, dari tak dipedulikan orang, sudah jadi perhatian, masing-masing berebut nak pegang kuasa dan tunjukkan kuasa tersebut.  Itu yang timbul dakwaan Karpal bakal digulingkan tu.

Karpal nak nafi, dia boleh cubalah.  Kelebihan Karpal sekarang hanya sebab dia pegang rahsia Anwar Ibrahim (sebagai peguam).  Selain itu Karpal ada balaci dari kaum India yang kuat berada dibelakangnya, tidak kira apa walaupun monopoli itu sekarang cuba dipecahkan   Professor Ramasamy – juga Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Hakikatnya semua orang tahu, cara Karpal menguruskan DAP adalah seumpama juruterbang pesawat perang dunia ke-2, kendalikan jet pejuang MIG29 hari inilah.  Orang dah masuk era elektronik, dia terkial-kial nak menekan butang.

Ini masalah bila jadi lawyer, dia tau cakap face to face, bila tukar face to book, langsung celaru.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...